Friday 26 April 2013

Pengasas Apple Inc.

Pengasas Apple Inc. - Steve Jobs

Nama : Steve Jobs
Syarikat : Komputer dan Teknologi Maklumat
Produk : Apple, I.nc


    

Sejarah Awal dan Sejarah penubuhan

Apple, Inc. (sebelumnya bernama Apple Computer, Inc.) adalah sebuah perusahaan yang terletak di daerah Silicon Valley, Cupertino, California, yang berurusan dalam bidang teknologi komputer. Apple, Inc. didirikan oleh Steve Jobs, Steve Wozniak  pada 1 April 1976.

Sebelum menubuhkan Apple, Steve Wozniak adalah seorang pakar dalam mengubahsuai alatan elektronik. Pada tahun 1975 beliau telah bekerja di Hewlett-Packard dan menolong kawannya Steve Jobs merekabentuk permainan video untuk Atari

Pada tahun 1975, Wozniak mula menghadiri mesyuarat Homebrew Computer Club, Komputer mikro baru seperti Altair 8800 dan IMSAI telah memberi inspirasi kepada beliau untuk memasukkan prosesor mikro ke dalam pita video teletype untuk menghasilkan komputer yang lengkap. Pada satu pertemuan Homebrew Computer Club, Wizniak bertemu dengan teman lamanya Steve Jobs yang tertarik pada Komersil komuter-komputer kecil.

Steve Jobs dan Steve Wozniak adalah rakan yang rapat sejak tahun 1971, pada masa itu seorang teman (Bill Fernandez) telah memperkenalkan Wozniak (pada masa itu berumur 21 tahun) kepada Jobs (pada masa itu berumur 16 tahun). Jobs berjaya mengajak Wozniak memasang mesin komputer dan menjualnya.


Sejarah Nama Apple
Sejarah nama Apple adalah berikutan buah kesukaan pengasas perusahannya iaitu Steve Jobs. Oleh kerana beliau telah lewat 3 bulan untuk menfailkan nama bagi businessnya, Steve Jobs mengancam rakan-rakannya untuk menamakan syarikat sebagai Apple Computer sekiranya rakan lain tidak menyarankan nama yang lebih sesuai sehingga jam 5.00 petang hari itu. Disebabkan tiada cadangan daripada rakan-rakan yang lain, akhirnya nama Apple Computer digunakan.  

Logo Apple dari tahun 1976 hingga kini

Saat-saat Kejatuhan Apple
Pada tahun 1985, Apple telah mengalami saat-saat kejatuhannya. Ini adalah disebabkan kegagalan Steve Jobs dalam visinya akibat dari perebutan kuasa dan konflik dalaman syarikat. Disebabkan itu, beliau telah dipecat dari Apple dan beliau kemudiannya menubuhkan syarikat NeXT Computer pada tahun 1986.  

Sepanjang tempoh bersama NeXT Computer, Jobs berjaya menghasilkan komputer peribadi termaju menggunakan cip pemproses isyarat digital antaranya NeXTcube, NeXTSTEP/Intel dan beberapa lagi.

Beliau juga telah membeli syarikat The Graphics Group, yang kemudian diubah namanya kepada Pixar. Syarikat ini semakin berkembang maju apabila mengikat projek bersama syarikat animasi terkenal, Disney.

Pada tahun 2006, Disney telah mengumumkan pembelian syarikat Pixar pada harga AS$7.4 billion (RM23.6 bilion) dan Jobs merupakan pemegang saham individu terbesar dalam Disney dengan kepentingan sebanyak tujuh peratus.

Kebangkitan Apple
Pada tahun 1995 Jobs kembali menerajui Apple setelah syarikat tersebut membeli syarikat NeXT Computer pada harga AS$429 juta (RM1.37 bilion) pada 1997.

Di bawah pentadbiran Jobs, Apple terus mengecapi kejayaan dan mengalami revolusi di peringkat tertinggi menerusi pengenalan beberapa produk pengkomputeran moden seperti Power Mac G3, PowerBok dan juga iBook.

Pada tahun 2001, Apple telah memperkenalkan perisian sistem operasi pertama mereka, Mac OC X selain beberapa aplikasi pengkomputeran menerusi platform iApps seperti iMovie, iTunes, iPhoto, iCal dan iSync.

Tahun yang sama juga menyaksikan Jobs merancang strategi untuk terlibat dalam industri hab digital merangkumi penghasilan produk seperti kamera digital, kamera video, pemain MP3, telefon bimbit dan peranti digital.

Momentum kejayaan Apple terus dirancakkan menerusi pengenalan produk pemain MP3 dikenali sebagai iPod pada tahun 2001.


Produk-Produk Apple
1. Tahun 1976 - Apple 1 
2. Tahun 1977 - Apple 2
3. Tahun 1980-an - Apple 3
4. Tahun 1984 - Mac 128K
5. Tahun 1987 - Mac II
6. Tahun 1989 - Mac Portable
7. Tahun 2005 - Sekarang
    - iMac
    - Mac Mini
    - Macbook Air
    - ipad
    - iPhone
    - iPod
    - iHome.

Pada 5 October 2011, Steve Jobs telah meninggal dunia akibat kanser. Beliau ketika itu berusia 56 tahun. Kematian Jobs berlaku selepas Apple melancarkan telefon terbaru iPhone 4s di Ibu pejabat syarikat tersebut di Cupertino, California. Ketika peringkat akhir beliau bergelut dengan penyakit kanser, Jobs melepaskan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif dan menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Tim Cook. 

Sumber : 


No comments:

Post a Comment