Tuesday 21 May 2013

Contoh Rancangan Perniagaan Katering

RANCANGAN PERNIAGAAN KATERING
Hagemaru let’s try Caterer’s
NAMA RAKAN KONGSI  : MOHAMAD FIKRI BIN HALAMIN
R .PRABAKARAN  RAJENDIRAN
CHOO CHING XIANG
ALAMAT SYARIKAT     LOT 423 KAMPUNG PASIR PEKAN
16250 WAKAF BHARU
KELANTAN DARUL NAIM.
    :
NO  TELEFON                      : 0194117136
NO FAX                                  : 06-6796266
EMAIL : hagemarucweet@yahoo.com
LAMAN WEB                       : http://www.hagemaru.let’stry.com.my


1.0. RINGKASAN EKSEKUTIF
HAGEMARU LET’S TRY  merupakan perniagaan milik perkongsian yang didaftarkan pada awal bulan April 2012, bagi menjalankan aktiviti katering disekitar Wakaf Bharu , Kelantan dan bandar-bandar sekitarnya. Pengusaha memilih untuk menceburi perniagaan katering kerana ianya telah dilakukan secara sambilan dan kecil-kecilan mulai dari tahun 2000 lagi. Sepanjang tempoh itu, pengusaha telah memberi perkhidmatan katering kepada Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan, Pejabat Pelajaran Daerah, Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan, Pusat Kegiatan Guru, Sekolah dan orang perseorangan. Pengusaha bercadang untuk menceburi bidang perniagaan katering secara sepenuh masa. Perniagaan ini akan beroperasi di lot 432 Kampung Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kelantan.
Daripada pengalaman yang ada ini, pengusaha mendapati perniagaan katering merupakan satu perniagaan yang berpotensi kerana terdapat banyak permintaan. Sepertimana diketahui kebanyakan wanita hari terlibat dengan perkerjaan sepenuh masa sama ada dalam sektor awam mahu pun swasta, mereka tidak mempunyai waktu untuk memasak sendiri sekiranya mahu mengadakan majlis-majlis seperti kenduri doa selamat, kenduri arwah, jamuan hari raya dan sambutan hari lahir serta kenduri kahwin, malahan pada hari ini semangat gotong-royong mahu mengadakan kenduri kendara juga telah berkurangan kerana masing-masing sibuk dengan pekerjaan dan kekurangan tenaga kerja untuk membuat persiapan dan memasak untuk kenduri kendara.
Dalam syarikat kami pengarah pengurusan tertinggi ialah En. Mohamad Fikri bin Halamin, pengrah kewangan tertinggi ialah Choo Ching Xiang dan pengarah pengurus operasi tertinggi ialah R. Rrabakaran Rajendiran. Tahap pendidikan En Mohamad Fikri ialah ijazah dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia. Tahap pengalaman beliau adalah pernah berkerja di hotel Renaissance iaitu bertaraf 5 bintang. Tahap pendidikan En Choo Ching Xiang adalah master dalam bidang finance, ekonomi dan perakaunan. Beliau penah bekerja di Bank Negara Malaysia.  Tahap pendidikan pengarah kami iaitu En R. Prabakaran Rajendiran ialah ijazah dalam Pengurusan Sumber Manusia (HONS) UUM, pengalaman kerja yang dimiliki KPJ Specialist Hospital. Syarikat kami juga mempunyai tiga cawangan di Pasir Mas, Kuala Krai dan Wakaf Bharu Kelantan. Kami mempunyai pekerja seramai 80 orang dan disetiap cawangan kami tempatkan seramai 22 orang pekerja.
Syarikat kami memerlukan pinjaman kewangan dari Bank Islam sebagai modal tambahan untuk syarikat kami melangkah lebih jauh. Kami memerlukan modal tambahan sebanyak RM 50,000.00 untuk menstabilkan ekonomi syarikat kami yang akan beroperasi di Seremban Negeri Sembilan.


2.0. OBJEKTIF/TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN
Tujuan Rancangan Perniagaan ini disediakan untuk memberi penerangan yang menyeluruh tentang perniagaan yang akan diceburi. Disamping itu juga Rancangan Perniagaan ini untuk membentangkan perancangan perniagaan yang meliputi aspek pengurusan, pemasaran, pembekal, perkhidmatan dan kewangan perniagaan. Antara lain Rancangan Perniagaan ini dibuat untuk tujuan berikut:
1) Melihat daya maju projek yang dirancang.
2) Sebagai garis panduan untuk memastikan pengurusan perniagaan dapat dilaksanakan dengan lancar.
3) Mengagih sumber-sumber perniagaan dengan cekap dan efektif.
4) Memenuhi salah satu syarat wajib bagi para peserta program untuk menamatkan program latihan galakan perniagaan bagi kakitangan yang menyertai kursus ini.
5) Menjangkakan masalah-masalah yang mungkin timbul apabila perniagaan dilaksanakan.
     

3.0. LATAR BELAKANG PERNIAGAAN.
Nama Perniagaan : Hagemaru Let’s Try Carterer’s
Alamat Berdaftar : lot 432 kampung pasir pekan 16250 wakaf bharu kelantan
Alamat Operasi : lot 432 kampung pasir pekan 16250 wakaf bharu kelantan
No. Telefon : 0194117136
No. Daftar Perniagaan : 209928-D
Tarikh Perniagaan : 20-12-2012
Aktiviti Perniagaan : Perkhidmatan Katering.Penyewaan kerusi meja & kanopi, peralatanBuffet dan PA sistem. ( rancangan masa hadapan)
Bentuk Perniagaan : Perkongsian
Modal Permulaan : RM 20.000.00
Bank Berususan : Bank Islam, 16060 Kota Bharu,Kelantan
No. Akaun : 0303650223360
Nama Pemilik : Mohamad Fikri bin Halamin
: Choo Ching Xiang
: Prabakaran A/L Rajendiran


4.0. PRODUK
Menyediakan minum pagi, minum petang dan makan minum mengikut permintaan pelanggan. Menghantar tempahan ke destinasi yang diminta dan menyediakan semua kerja-kerja di majlis jamuan, perkahwinan dan sebagainya.


5.0. POTENSI PERNIAGAAN.
Berdasarkan kepada perkembangan semasa, masyarakat tempatan khususnya orang-orang melayu yang beragama Islam menggunakan kesempatan cuti sekolah yang panjang dan cuti minggu untuk mengadakan majlis perkahwinan.
Oleh sebab kesuntukkan masa, kerja mudah tanpa perlu banyak kerja,masyarakat kita hari ini akan membuat kenduri dengan menggunakan perkhidmatan katering.
Begitu juga dengan permintaan khidmat makan dan minum bagi kursus,perjumpaan dan mesyuarat oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan, Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan,dan lain-lainn tempat.
Perniagaan ini masih berada ditahap awal perkembangannya, perniagaan ini mempunyai potensi yang cukup besar dan luas untuk dikembangkan dimasa hadapan.
Masyarakat tempatan biasanya menilai kemampuan dan perkhidmatan yang diberikan seperti dari segi kemampuan, kecekapan, keenakan, kualiti, harga, kebersihan, kelancaran bagi sesuatu majlis atau jamuan yang diadakan. Bagi memenuhi permintaan keperluan masyarakat semasa, perniagaan ini akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dengan memberi penekanan kepada ciri-ciri tersebut supaya pelanggan berpuashati dan seterusnya akan menjadi pelanggan tetap. Melalui usaha yang berterusan perniagaan ini akan mendapat tempat di hati pelanggan kerana perkhidmatannya yang ditawarkan sentiasa dipastikan pada tahap yang tinggi.
Lokasi perniagaan juga terletak di tengah-tengah kedudukan yang mana dikelilingi oleh kampung-kampung dan pekan-pekan kecil dan bandar. Pasti masyarakat keliling memerlukan perkhidmatan catering untuk majlis perkahwinan dan majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat.Memandangkan ekonomi negara yang terus berkembang pesat turut menyumbang kepada potensi perkembangan permintaan perkhidmatan perniagaan ini.


6.0. ASPEK PENGURUSAN
6.1 Struktur Organisasi
Struktur organisasi yang dibentuk oleh perniagaan adalah merangkumikeseluruhan aspek pengurusan sebagai sebuah entiti perniagaan. Secara keseluruhannya struktur organisasi adalah seperti berikut:

6.2. Carta organisasi
Pentadbiran & kewangan
Operasi/perkhidmata

6.3. Fungsi dan Tanggungjawab
Perniagaan ini telah menyusun fungsi dan tanggungjawab berikut bagi melicinkan lagi pengurusan perniagaan.
6.3.1 Pengurus/Pemilik dan Bahagian Kewangan & Pentadbiran.
a). Bertanggungjawab terhadap keseluruhan operasi perniagaan.
b). Mencari pesanan dan promosi perniagaan.
c). Memastikan pengaliran wang dalam perniagaan terkawal dan berjalan lancar
d). Menyediakan laporan kewangan tahunan.
e). Membayar gaji pekerja.
f). Merancang dan melaksana aktiviti operasi daripada perancangan belian
bahan sehingga hidangan siap dimasak.
g). Menentukan keperluan sumber manusia mencukupi.
h). Memastikan pelanggan dilayan dengan baik
i). Merancang kemajuan perkhidmatan kearah kecemerlangan dan
penambah baik.
6.3.2 Tukang Masak.
a). Bertanggungjawab dalam segala hal tentang masakan yang hendak disajikan kepada pelanggan.
b). Memasak mengikut menu-menu yang ditetapkan.
c). Menentukan penyediaan bahan-bahan mentah yang telah disediakan oleh pembantu.
d). Memastikan kualiti makanan dengan mengekalkan rasa dan kebersihan
setaraf citarasa pelanggan.
6.3.3 Pembantu Am.
a). Bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas am membantu tukang masak.
b). Membersihkan peralatan masak.
c). Membersihkan kawasan persekitaran sebelum dan selepas kerja-kerja memasak dan tugas-tugas lain yang bersesuaian.
d). Memastikan juga hamparan alas meja, hiasan sekitar dan hiasan lain-lain
yang diperlukan siap terlebih awal sebelum hidangan disaji.

6.4. Gaji dan Ganjaran
BIL JAWATAN BIL.
PEKERJA
GAJI
(RM)
KWSP (13%) PERKESO
(3%)
JUMLAH(RM)
1 PENGURUS 3 2500.00 325.00 75.00 8700.00
2 TUKANG MASAK 15 900.00 117.00 27.00 15660.00
3 PEMBANTU AM
(KONTRAK)
65 650.00 84.5 19.5 49010.00
JUMLAH 73370.00


6.5. Belanja Pengurusan
Bagi tujuan pengurusan perniagaan menganggarkan perbelanjaan dalam sebulan mengikut pelan peningkatan kapasiti perniagaannya adalah seperti berikut:
BIL JENIS PERBELANJAAN JUMLAH (RM)
1 Gaji pengurus 2500.00
2 Gaji pekerja 1550.00
3 KWSP & SOCSO 648.00
4 Telefon 200.00
5 Utility 250.00
6 Alat tulis & urusan pejabat 100.00
7 Perjalanan dan pengangkutan 300.00
8 Promosi 200.00
9 Pelbagai perbelanjaan 200.00
Jumlah 5948.00



6.6. Strategi Pengurusan
Keadah pengurusan perniagaan dan kakitangan yang baik dan sistematik amat mustahak didalam usaha memajukan perniagaan dengan memberi perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dengan layanan mesra pelanggan bagi memastikan perniagaan berdaya maju setanding dengan perniagaan-perniagaan katering sedia ada. Oleh itu, perniagaan ini telah mengatur beberapa strategi pengurusan seperti berikut:
 a)    Menerapkan semangat kerja berpasukan (teamwork) diantara para kakitangan dan pihak pengurusan untuk faedah bersama.
b) Memberi bimbingan kepada kakitangan supaya dapat menunjukkan prestasi kerja yang baik dan bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan
c) Setiap pihak sama ada pekerja bawahan atau pengurusan sentiasa berbincang dan memberi pendapat serta cadangan tentang cara terbaik untuk menghasilkan kerja yang lebih cekap dan sistematik.
d) Menyediakan perkhidmatan makanan/minuman yang bermutu, bersih dan sedap.
e) Menentukan majlis dihias dengan cantik dan layanan yang baik.
f) Pekerja akan didedahkan dengan teknik baru dengan menghantar mereka mengikuti kursus yang berkaitan dengan bidang tugas.
g) Mengadakan promosi dengan cara mengadakan rumah terbuka



7.0 HARTA TETAP DAN KELENGKAPAN YANG DIPERLUKAN
Bil Jenis Harga unit (RM) Kuantiti Nilai (RM)
1 Peti sejuk 2800.00 4 11200.00
2 Peti sejuk beku 1000.00 4 4000.00
3 Periuk nasi gas 330.00 4 1320.00
4 Periuk besar bertelinga 250.00 12 3000.00
5 Kuali 75.00 8 600.00
6 Tong gas 40.00 8 320.00
7 Dapur gas 1 tunku 80.00 8 640.00
8 Mesin jus buah-buah 100.00 8 800.00
9 Pinggan makan 10.00 100 1000.00
10 Mangkuk nasi 10.00 400 4000.00
11 Cawan/piring 10.00 400 4000.00
12 Gelas 10.00 400 4000.00
13 Sudu/garpu 35.00 400 14000.00
14 Chafing dish 37.00 30 1110.00
15 Alas meja/skirting 20.00 30 600.00
16 Lain-lain keperluan 30.00 - 30.00
Jumlah 50620.00



8.0 PEMBELIAN BAHAN MENTAH
Bahan mentah untuk perniagaan ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu bahan mentah basah dan bahan mentah kering. Bahan mentah basah terdiri dari daging, ikan, ayam dan sayur-sayuran. Bahan mentah basah akan dibeli setelah mendapat tempahan dan sehari sebelum tarikh tempahan. Bahan mentah kering pula terdiri dari barangan seperti beras, minyak, gula, susu dan rempah ratus. Bahan mentah kering dibeli secara pukal kerana ia lebih murah. Dianggarkan kos bahan mentah adalah lebih kurang 50% daripada setiap ringgit jualan. Senarai bahan mentah dan basah untuk kegunaan sebulan adalah seperti berikut:
Jenis Kuantiti Harga 1 kg(RM) Jumlah (RM)
Beras Beryani 100 kg 2.80 280.00
Beras Biasa 150 kg 1.80 270.00
Bawang Besar 100 kg 1.00 100.00
Bawang Kecil 20 kg 3.00 60.00
Bawang Putih 30 kg 4.00 120.00
Minyak Sapi Ghee 25 tin 16.00 400.00
Halia 30 kg 4.00 120.00
Minyak masak 2 tin besar 45.00 90.00
Rempah kari Ikan 5 bungkus besar 8.00 40.00
Rempah kari 5 bungkus besar 8.00 40.00
Daging 50 kg 14.00 700.00
Rempah kurma 3 kg 8.00 24.00
Cili kering 13 kg 8.00 104.00
Garam 12 kampit 0.50 6.00
Cili sos 10 botol 3.00 30.00
Tamato sos 10 botol 2.70 27.00
Kicap 10 botol 3.00 30.00
Asam jawa 5 kampit 1.50 7.50
Ubi kentang 50 kg 1.50 75.00
Tamato puree 20 tin 2.70 54.00
Susu cair 60 tin 1.80 108.00
Cuka 5 botol 1.20 6.00
Mee hoon 30 kampit 1.50 45.00
Ikan 50 kg 20.00 1000.00
Ayam 50 kg 6.00 300.00
Daging 30 kg 10.00 300.00
Kulit kayu manis 2 kg 8.00 16.00
Bunga lawang 2kg 10.00 20.00
Buah pelaga 2kg 10.00 20.00
Bunga cengkih 1 kg 15.00 15.00
Gula 50 kg 1.50 75.00
Sirap ros 20 botol 1.50 30.00
Serbuk jintang manis 1 kg 15.00 15.00
Serbuk jintang putih 1 kg 15.00 15.00
Serbuk ketumbar 1kg 15.00 15.00
Serbuk kunyit 2 kg 5.00 10.00
Ikan bilis 5 kg 15.00 75.00
Asam keeping 2 kg 4.50 9.00
Suun 10 kg 15.00 150.00
Fucuk 5 kg 1.50 7.50
Jagung tin 10 tin 2.00 20.00
Kacang tanah 10 kg 4.00 40.00
Balacan 2 kg 4.50 9.00
Bawang goreng 2kg 1.00 2.00
Tissue paper 100 kotak 2.00 200.00
Jumlah 5296.00



9.0. PERBELANJAAN OPERASI
Perkara Perbelnjaan asset tetap (RM) Perbelanjaan bulanan (RM) Lain- lain perbelanjaan (RM)
Asset Tetap
Mesin dan peralatan
Perbelanjaan Bulanan
Bahan mentah
Gaji & lain-lain: lain-lain belanja.
suntikan pekerja
50620.00

5296.00

73370.00




30.00
Jumlah 50620.00 78666.00 30.00



10. KUMPULAN SASARAN
Perniagaan ini merancang mensasarkan perkhidmatannya kepada keseluruhan penduduk yang ada di tempat-tempat seperti berikut kepada semua peringkat umur dan Kakitangan Kerajaan, Swasta, Kilang dan Sekolah yang berpendapatan diantara RM 700.00 hingga RM 5000.00, juga permintaan dari pelajar. Keseluruhan permintaan terdiri dari kaum Melayu terdapat juga permintaan dari kaum India dan Cina.



11. PESAING
SENARAI PERNIAGAAN & ALAMAT PERKHIDMATAN DAN PRODUK YANG DITAWARKAN
Lan botak
Rantau panjang, Kelantan
Katering
Rosnah Mansur
Wakaf Bharu, Kelantan
Katering
Johan & zizan
Kuala Krai, Kelantan
Katering

11.01. Analisis Kekuatan dan Kelemahan Pesaing
Nama pesaing
Kekuatan
Kelemahan
Lan botak Sudah beroperasi 10 tahun
Harga tinggi
Tempahan lambat sampai
Rosnah Mansur Sudah beroperasi 7 tahun.
Perkhidmatan kurang memuaskan
Kebersihan kurang memuaskan
Johan & zizan Sudah beroperasi 8 tahun Pekerja kurang berkemahiran.
Mesin yang digunakan ketinggalan zaman.

11.02 Analisis Persaingan Perniagaan
Dalam perniagaan kita memang ada banyak persaingan. Terdapat tiga pesaing iaitu Lan Botak,Rosnah Mansur dan Johan & Zizan. Kelebihan mereka semua ada mempunyai pengalaman yang luas. Mereka semua sudah beroperasi lebih dari 5 tahun. Syarikat Lan Botak sudah beroperasi selama 10 tahun dan Rosnah Mansur serta Zozan & Zizan masing-masing 7 tahun dan 8 tahun.
Kelemahan mereka adalah sangat banyak juga sehingga boleh terjejas perniagaan mereka. Contohnya Syarikat Lan Botak, harganya terlalu tinggi dan mahal. Malah tempahan-tempahan mereka sangat lambat sampai. Syarikat Rosnah Mansur pula kurang memuaskan dan kebersihan kurang memuaskan dan Syarikat Johan & Zizan pula pekerja mereka kurang mahir tentang kerja tersebut serta mereka menggunakan mesin jenis yang terdahulu.

Syarikat kami iaitu Hagemaru Lets Try Caterer`s mempunyai kelebihan yang kurang ada pada pesaing lain. Contohnya pekerja kami semua mempunyai kemahiran yang tinggi dan khusus dan dilatih khas serta pernah mengikuti kursus catering di Rotterdam. Selain itu pekerja kami semua memilik kad perakuan kesihatan pengendalian makanan yang diperakukan oleh Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan Malaysia.
Syarikat kami juga mempunyai sijil HALAL yang diluluskan oleh JAKIM dan KKM. Malah syarikat kami selalu buat pantauan oleh jemaah nazir dr kementerian kesihatan Malaysia untuk meneliti tahap kebersihan dan keselamatan dalam penyediaan makanan oleh syarikat kami. Pengurusan kami serta pekerja kami akan selalu kemaskini (update) dengan isu-isu semasa yang berkait dengan makanan dan harganya yang terkini.



12. PENUTUP
Sudah menjadi kebiasaan masyarakat Malaysia akan terus mengadakan majlis-majlis jamuan seperti majlis perkahwinan dan aneka jamuan. Dengan kesibukan tugasan harian, maka mereka mengambil jalan pintas menggunakan khidmat katering supaya majlis yang diatur akan berjalan lancar. Dengan ertikata lain mereka tidak terbabit secara langsung untuk menjalankan kerja-kerja penyusunan dan hal ehwal mengurus makanan dan minuman kepada jemputan. Semua urusan ini akan diserahkan kepada pihak perkhidmatan katering. Berdasar kepada kajian semasa, majoriti pelanggan menggunakan khidmat katering bagi membekalkan dan menguruskan semua kerja-kerja berkaitan.
Oleh itu sudah sampai masanya perniagaan ini mengorak langkah dengan lebih berdaya maju dan menyahut cabaran yang diberikan. Faktor-faktor tersebut jelas memberikan keyakinan yang tinggi menjurus kepada peluang pulangan keuntungan yang lumayan jika pengurusan dijalankan dengan lebih sistematik. Diharap perniagaan ini akan berpeluang untuk turut sama-sama menjadi sebahagian daripada usahawan yang berjaya di negara ini.

Friday 26 April 2013

Pengasas Apple Inc.

Pengasas Apple Inc. - Steve Jobs

Nama : Steve Jobs
Syarikat : Komputer dan Teknologi Maklumat
Produk : Apple, I.nc


    

Sejarah Awal dan Sejarah penubuhan

Apple, Inc. (sebelumnya bernama Apple Computer, Inc.) adalah sebuah perusahaan yang terletak di daerah Silicon Valley, Cupertino, California, yang berurusan dalam bidang teknologi komputer. Apple, Inc. didirikan oleh Steve Jobs, Steve Wozniak  pada 1 April 1976.

Sebelum menubuhkan Apple, Steve Wozniak adalah seorang pakar dalam mengubahsuai alatan elektronik. Pada tahun 1975 beliau telah bekerja di Hewlett-Packard dan menolong kawannya Steve Jobs merekabentuk permainan video untuk Atari

Pada tahun 1975, Wozniak mula menghadiri mesyuarat Homebrew Computer Club, Komputer mikro baru seperti Altair 8800 dan IMSAI telah memberi inspirasi kepada beliau untuk memasukkan prosesor mikro ke dalam pita video teletype untuk menghasilkan komputer yang lengkap. Pada satu pertemuan Homebrew Computer Club, Wizniak bertemu dengan teman lamanya Steve Jobs yang tertarik pada Komersil komuter-komputer kecil.

Steve Jobs dan Steve Wozniak adalah rakan yang rapat sejak tahun 1971, pada masa itu seorang teman (Bill Fernandez) telah memperkenalkan Wozniak (pada masa itu berumur 21 tahun) kepada Jobs (pada masa itu berumur 16 tahun). Jobs berjaya mengajak Wozniak memasang mesin komputer dan menjualnya.


Sejarah Nama Apple
Sejarah nama Apple adalah berikutan buah kesukaan pengasas perusahannya iaitu Steve Jobs. Oleh kerana beliau telah lewat 3 bulan untuk menfailkan nama bagi businessnya, Steve Jobs mengancam rakan-rakannya untuk menamakan syarikat sebagai Apple Computer sekiranya rakan lain tidak menyarankan nama yang lebih sesuai sehingga jam 5.00 petang hari itu. Disebabkan tiada cadangan daripada rakan-rakan yang lain, akhirnya nama Apple Computer digunakan.  

Logo Apple dari tahun 1976 hingga kini

Saat-saat Kejatuhan Apple
Pada tahun 1985, Apple telah mengalami saat-saat kejatuhannya. Ini adalah disebabkan kegagalan Steve Jobs dalam visinya akibat dari perebutan kuasa dan konflik dalaman syarikat. Disebabkan itu, beliau telah dipecat dari Apple dan beliau kemudiannya menubuhkan syarikat NeXT Computer pada tahun 1986.  

Sepanjang tempoh bersama NeXT Computer, Jobs berjaya menghasilkan komputer peribadi termaju menggunakan cip pemproses isyarat digital antaranya NeXTcube, NeXTSTEP/Intel dan beberapa lagi.

Beliau juga telah membeli syarikat The Graphics Group, yang kemudian diubah namanya kepada Pixar. Syarikat ini semakin berkembang maju apabila mengikat projek bersama syarikat animasi terkenal, Disney.

Pada tahun 2006, Disney telah mengumumkan pembelian syarikat Pixar pada harga AS$7.4 billion (RM23.6 bilion) dan Jobs merupakan pemegang saham individu terbesar dalam Disney dengan kepentingan sebanyak tujuh peratus.

Kebangkitan Apple
Pada tahun 1995 Jobs kembali menerajui Apple setelah syarikat tersebut membeli syarikat NeXT Computer pada harga AS$429 juta (RM1.37 bilion) pada 1997.

Di bawah pentadbiran Jobs, Apple terus mengecapi kejayaan dan mengalami revolusi di peringkat tertinggi menerusi pengenalan beberapa produk pengkomputeran moden seperti Power Mac G3, PowerBok dan juga iBook.

Pada tahun 2001, Apple telah memperkenalkan perisian sistem operasi pertama mereka, Mac OC X selain beberapa aplikasi pengkomputeran menerusi platform iApps seperti iMovie, iTunes, iPhoto, iCal dan iSync.

Tahun yang sama juga menyaksikan Jobs merancang strategi untuk terlibat dalam industri hab digital merangkumi penghasilan produk seperti kamera digital, kamera video, pemain MP3, telefon bimbit dan peranti digital.

Momentum kejayaan Apple terus dirancakkan menerusi pengenalan produk pemain MP3 dikenali sebagai iPod pada tahun 2001.


Produk-Produk Apple
1. Tahun 1976 - Apple 1 
2. Tahun 1977 - Apple 2
3. Tahun 1980-an - Apple 3
4. Tahun 1984 - Mac 128K
5. Tahun 1987 - Mac II
6. Tahun 1989 - Mac Portable
7. Tahun 2005 - Sekarang
    - iMac
    - Mac Mini
    - Macbook Air
    - ipad
    - iPhone
    - iPod
    - iHome.

Pada 5 October 2011, Steve Jobs telah meninggal dunia akibat kanser. Beliau ketika itu berusia 56 tahun. Kematian Jobs berlaku selepas Apple melancarkan telefon terbaru iPhone 4s di Ibu pejabat syarikat tersebut di Cupertino, California. Ketika peringkat akhir beliau bergelut dengan penyakit kanser, Jobs melepaskan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif dan menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Tim Cook. 

Sumber :